KEMAHIRAN MENJAMIN KEHIDUPAN

SEJARAH



Majlis MARA meluluskan penubuhan GIATMARA pada tahun 1986 bagi menghasilkan K-Entrepreneur dan K-Workers dalam pelbagai bidang pekerjaan sejajar dengan permintaan masyarakat setempat.


Pusat GIATMARA yang pertama dibuka di Jitra, Kedah dan GIATMARA berkembang pesat dengan penubuhan 176 pusat di semua kawasan Parlimen menjelang akhir Rancangan Malaysia ke- 8.

Kini GIATMARA telah mula menawarkan program komuniti di beberapa Pusat GIATMARA. Program berjangka pendek ini menerapkan falsafah pembelajaran sepanjang hayat dan sebagai permulaan, Pusat Komuniti GIATMARA Tanjung Agas, Johor dan Pusat Komuniti GIATMARA Pongsu Seribu, Pulau Pinang telah mula beroperasi.

Pusat GIATMARA menawarkan Kursus Sepenuh Masa dan Jangka Pendek. Tempoh Kursus Sepenuh Masa adalah di antara 6 bulan hingga 12 bulan. Antara kursus yang ditawarkan adalah Mekanik Teknologi Radio dan Pendawaian Elektrik Domestik. Manakala Kursus Jangka Pendek adalah di antara 2 hari hingga 6 bulan meliputi kursus-kursus seperti Literasi Komputer dan Rakaman Video Kamera.

GIATMARA menggalakkan pelatih-pelatih yang telah tamat program supaya menceburkan diri dalam bidang keusahawanan melalui Program Inkubator.

GIATMARA memainkan peranan penting dalam mendidik pelatih melalui program latihannya di dalam dan luar negara.

Pengurusan GIATMARA sentiasa proaktif dan kreatif sebagai pemangkin dalam memperkayakan kemahiran masyarakat.




OBJEKTIF

memberi pengetahuan dan latihan teknikal kepada masyarakat luar bandar dalam bidang yang bersesuaian dengan keperluan tempatan agar segala pengetahuan dan pengalaman itu dapat digunakan terus untuk meninggikan taraf hidup mereka melalui pengujudan usaha niaga dan peluang pekerjaan

Saturday, May 22, 2010

Monday, November 23, 2009

VISI

Mendukung aspirasi kerajaan untuk melahirkan K-Enterpreneur dan


K-Workers ke arah mencapai matlamat Wawasan Negara

MISI

Komited ke arah GIATMARA cemerlang melalui peningkatan


operasi dan kualiti serta proaktif dan kreatif menyahut cabaran

Wawasan Negara

KEMUDAHAN LATIHAN

Disediakan oleh Jabatan Perhubungan Korporat

Syarat-syarat Kemasukan
Disediakan oleh Jabatan Perhubungan Korporat
Warganegara Malaysia
Sekurang-kurangnya 15 tahun pada tarikh permohonan.
Bumiputra
Keutamaan diberikan kepada penduduk tempatan
Sihat tubuh badan dan tidak cacat
Berminat dengan bidang yang dipohon
Boleh membaca, menulis dan mengira.
Pelbagai kemudahan turut disediakan kepada pelatih yang mengikuti latihan di di GIATMARA. Pelatih yang berdisiplin dan mempunyai kesungguhan yang tinggi akan diberi keutamaan untuk menggunakan segala kemudahan sepanjang tempoh pengajian. Di antara kemudahan latihan yang disediakan oleh pihak GIATMARA ialah :

Latihan percuma
Elaun bulanan (sepenuh masa)
Kemudahan menggunakan peralatan dan mesin
Sukan dan Rekreasi
Sijil Kemahiran GIATMARA
Sijil JPK (Di mana berkenaan)
Sijil Suruhanjaya Tenaga (Pendawaian Elektrik)
Program Keusahawanan (selepas tamat latihan

KURSUS-KURSUS

TEKNOLOGI SISTEM KOMPUTER
sijil giatmara

FASHION AND DRESSMAKING
sijil giatmara

TEMPOH KURSUS

jangkamasa kursus selama 6 bulan dan pengambilan dibuat 2kali setiap tahun.


sesi pengambilan pelatih:

-januari-jun
-julai-disember

CARA MEMOHON

datang sendiri atau menulis kepada mana-mana tempat berikut yang berdekatan dengan tempat tinggal anda:

- pusat giatmara yang berhampiran

- pejabat mara daerah

-pejabat mara negeri

ALAMAT GIATMARA RASAH

LOT 200,GALLA INDUSTRIAL PARK,
JALAN LABU,70200 SEREMBAN,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.
TEL:06-762 2715 /06-763 3654
FAX:06-763 3654